Showing posts with label bot. Show all posts
Showing posts with label bot. Show all posts

Monday, April 27, 2015

Teknik Apollo

1. Memancing di tebing berbatu adalah kawasan berpotensi menjinakkan ikan. Batu atau karang di kawasan itu menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa. Namun begitu, karang dan batu turut mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu mempunyai karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang di dasar. Antaranya:
a) Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung di bahagian bawah sekali. Jika tidak ingin kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung harus lebih kecil daripada perambut untuk mata kail. Oleh kerana ladung mencecah dasar, risiko untuk sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut, pemancing masih dapat mata kail mahupun ikan kerana tali yang lebih halus akan putus terlebih dahulu apabila tersangkut.
b) Teknik tanpa pemberat. Teknik ini lebih sesuai jika kawasan berkenaan lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan ini akan mengambil masa untuk sampai ke dasar. Ketika ia menjunam, umpan mudah menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika terdapat tanda ia disambar. Sambaran dengan teknik pancing begini biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.
c) Teknik menggunakan pelampung. Untuk teknik memancing dasar menggunakan pelampung, pemancing harus bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini, jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 1 hingga 3 kaki dari dasar maka potensi ia disambar adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut adalah tinggi.

Thursday, April 23, 2015

Kaedah Candat Sotong

 KAEDAH DAN CARA-CARA MENCANDAT SOTONG DI PERAIRAN MALAYSIA
Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronakan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.

JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA.

1.Candat Twist- candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.

2. Candat umpan – berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya. Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

3.Candat Udang- Rasanya baru diperkenalkan atau diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti). Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.

Di negara kita terdapat beberapa jenis candat untuk mengaplikasikan teknik ini. Candat-candat tersebut ialah:

 Candat Mayat/Apollo/Jig/Ultraman/Roket

Candat Udang

Candat Umpan

Untuk penyediaan candat Mayat, candat di ikat seakan-akan appollo seperti gambarajah  yang tertera dibawah. Batu ladung bersaiz 6-10 di letakkan di bawah untuk dijadikan pemberat mengikut keadaan arus
Ilustrasi cara-cara ikatan candat mayat

Untuk penyediaan candat umpan pula, Umpan ikan seperti ikan kembung/sardin/selar mati digunakan dengan mencucuk candat tersebut didalam ikan tersebut seperti di gambarajah dibawah.

Ilustrasi cara-cara menggunakan candat Umpan

Penggunaan candat udang pula lebih mudah, dengan menyambungkan candat tersebut dengan swivel ataupun terus membuat ikatan seperti pengunaan gewang-gewang lain.

Aplikasi teknik Mencandat

Untuk memperdayakan sotong Torak, Sotong Katak dan Cumit, teknik appollo menggunakan candat mayat dan candat umpan. Aplikasi teknik ini lebih sesuai digunakan ketika berada di atas bot. Umpan candat di henjut beberapa kali keatas dan kebawah untuk memperdayakan sotong seperti gambarajah (A) di bawah.

Untuk menggunakan candat udang pula, umpan candat udang di tarik secara perlahan-lahan secara casting seperti gambarajah (B).
Aplikasi ini boleh digunakan untuk memperdayakan sotong mengabang,cumit dan sotong katak.
Teknik ini sesuai digunakan di tepian kawasan berbatu dan juga di atas bot.
Teknik Eging pula lebih menyasarkan specis sotong Mengabang. 


 (A) Ilustrasi cara-cara mengayakan candat mayat ketika diatas bot

(B) Ilustrasi cara-cara memperdayakan sotong menggunakan candat udang di tepian batu

Kawasan berbatu yang sesuai untuk teknik Eging 

Peranan lampu
Untuk memancing sotong pada waktu malam, peranan lampu pada bot amatlah penting kerana pancaran lampu yang terang dari atas bot dapat menarik kehadiran sotong untuk mendekati bot. Apabila sotong mula menghampiri bot, teknik mencandat menjadi lebih mudah dan senang. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing. 

Pakej Memancing 2015

Menawarkan pakej memancing bagi tahun 2015, bermula dari bulan Mac 2015 sehingga Ogos 2015.
Lokasi adalah sekitar pulau-pulau di Laut China Selatan dan jeti adalah di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Harga adalah berbeza mengikut saiz bot, lokasi pancing dan tempoh sewa.
Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini - (Faizi - +6018 781 8379)

Monday, June 13, 2011

Pakej Memancing 2 hari 1 malam

Menawarkan pakej memancing bagi tahun 2015, bermula dari bulan Mac 2015 sehingga Ogos 2015.
Lokasi adalah sekitar pulau-pulau di Laut China Selatan dan jeti adalah di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Harga adalah berbeza mengikut saiz bot, lokasi pancing dan tempoh sewa.
Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini - (Faizi - +6018 781 8379)

Monday, February 22, 2010

Pakej Memancing Udang Galah di Sg. Johor (Kota Tinggi) - RM 180.00

6-8 jam (bot fiber)
++ umpan disediakan
++ ais disediakan
++ minyak petrol / diesel disediakan
++ peralatan memancing tidak disediakan
++ layanan baik serta tunjuk ajar kepada yang memerlukan

BERMINAT?? SILA HUBUNGI FAIZI +6018 781 8379 ATAU EMAIL janwanster@gmail.com

Thursday, February 4, 2010

Pakej B (RM 1,600.00)

1 hari 1 malam (Pulau Sibu / Pulau Tinggi dan sekitarnya)


++ umpan disediakan
++ ais disediakan
++ makanan disediakan (termasuk tukang masak)
++ minyak petrol / diesel disediakan
++ peralatan memancing tidak disediakan
++ layanan baik serta tunjuk ajar kepada yang memerlukan

BERMINAT?? SILA HUBUNGI FAIZI +6018 781 8379 ATAU EMAIL janwanster@gmail.com

Pakej Memancing 2 Hari 1 Malam

Menawarkan pakej memancing 2 hari 1 malam di sekitar pulau-pulau terpilih di Johor Timur. Slot-slot tempahan dibuka dan pakej ini akan bermula pada pertengahan Mac 2010 sehingga akhir Oktober 2010. (waktu terbaik untuk memancing)

++ Pakej yang disediakan adalah untuk bot besar (6-8 orang) dan bot fiber 24 kaki (3-5 orang)

++ Pulau Sibu , Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil, Pulau Aur

Berminat : Sila hubungi saya Faris +017-6154857 atau e-mail janwanster@gmail.com