1. Memancing di tebing berbatu adalah kawasan berpotensi menjinakkan
ikan. Batu atau karang di kawasan itu menjadi kegemaran ikan berlindung
dan memburu mangsa. Namun begitu, karang dan batu turut mendatangkan
masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari
tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini
lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan
sepenuhnya jika kawasan batu itu mempunyai karang dan teritip. Walaupun
tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa
teknik bagi menewaskan ikan batu karang di dasar. Antaranya:
a) Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung di bahagian bawah
sekali. Jika tidak ingin kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada
ladung harus lebih kecil daripada perambut untuk mata kail. Oleh kerana
ladung mencecah dasar, risiko untuk sangkut adalah tinggi. Jika
tersangkut, pemancing masih dapat mata kail mahupun ikan kerana tali
yang lebih halus akan putus terlebih dahulu apabila tersangkut.
b) Teknik tanpa pemberat. Teknik ini lebih sesuai jika kawasan
berkenaan lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti
isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar
ke sasaran. Umpan ini akan mengambil masa untuk sampai ke dasar.
Ketika ia menjunam, umpan mudah menjadi sasaran ikan dan pemancing
perlu mengarau tali jika terdapat tanda ia disambar. Sambaran dengan
teknik pancing begini biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di
mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.
c) Teknik menggunakan pelampung. Untuk teknik memancing dasar
menggunakan pelampung, pemancing harus bijak menentukan kedalaman air
setempat. Untuk teknik ini, jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 1
hingga 3 kaki dari dasar maka potensi ia disambar adalah tinggi. Jika
terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut adalah tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment