KOTA
KINABALU: Labuan angler Ker Chin Cheang won the 2015 Sabah
International Fishing Tournament (SIFT) after landing a mammoth 85kg
giant grouper yesterday.
The 45-year-old reeled in the winning
fish on the third day of the tournament, earning him the RM25,000 cash
prize, trophy and certificate.
Ker, who started to actively
participate in fishing tournaments just two years ago, said he joined
SIFT never expecting to win any major prizes, let alone emerging as the
first place winner.
But luck was on his side as the giant grabbed his bait and did not even put up much of a fight.
Ker
said it took him just 30 minutes to subdue the fish, but pulling it
into the boat was no easy feat as it required the help from 11 other
boatmates to get the job done.
“The fish is so heavy that 11 men
have to help me pull it out of the water and into the boat,” he said to
reporters after receiving his prizes yesterday.
Ker, who works as a
mechanical chief supervisor with Petronas Methanol Labuan, said he
would definitely come back to try his luck again next year.
The
tournament saw nine boats flagged off from Sutera Harbour Marina &
Country Club last Wednesday, with some 100 avid anglers from Macau,
Brunei, Australia, Dubai, Kuwait, Singapore, Labuan and Sabah on board.
For
the first time, Layang Layang Reef, about 20 hours from Kota Kinabalu,
was chosen as the battleground for the tournament, which entered its
18th edition.
The five-day-four-night event governed by the
International Game Fishing Association (IGFA) rules, promoted
sustainable game fishing and aimed to position Sabah as a preferred
angling destination in the region.
Themed “Save Our Seas”, the
event required participants to immediately release any bill fish caught,
after taking their measurement, weight and photograph.
The catch of giant wrasse, rays and sharks were completely banned.
This
year’s format was based on individual category only, where angler with
the heaviest fish landed would take the tournament’s title.
Chairman
of Sabah Tourism Board (STB), Datuk Johniston Bangkuai, graced the
prize presentation ceremony, accompanied by Sabah Angler’s Association
president Datuk Wilfred Lingham.
The second place went to Lim Seon
Keng from Tawau who landed a 78kg giant grouper while Fong Ka Meng of
Macau won the third place with 34.2kg Dog Tooth Tuna.
They walked away with RM10,000 and RM5,000 cash prize respectively, along with a trophy and certicate.
Three
consolation prizes of RM500, medals and certificates were given to
Leung Kam Yeung (Macau), Wu Kuong Meng (Macau) and Eric Ling Yee Kiat
(Tawau).
A total of 18 fishes with a combined weight of more than 280kg were submitted for the main prizes.
The top six of the prize-winning fishes were auctioned before the prize presentation, reeling in almost RM4,000 in total.
The
tournament was sponsored by STB, Sutera Harbour Resorts, Summer Cruise
Holiday, TCE Tackles, Parexgroup Sdn Bhd and Sabah Fishing Tackles
Supplies, and assisted by the Royal Malaysian Navy.
Thursday, April 30, 2015
Monday, April 27, 2015
Pelbagai teknik memancing di laut
Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan
membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali
tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.
Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.
Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.
Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.
Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.
Info dari - https://akilpancing.wordpress.com/

Teknik Apollo
1. Memancing di tebing berbatu adalah kawasan berpotensi menjinakkan
ikan. Batu atau karang di kawasan itu menjadi kegemaran ikan berlindung
dan memburu mangsa. Namun begitu, karang dan batu turut mendatangkan
masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari
tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini
lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan
sepenuhnya jika kawasan batu itu mempunyai karang dan teritip. Walaupun
tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa
teknik bagi menewaskan ikan batu karang di dasar. Antaranya:
a) Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung di bahagian bawah sekali. Jika tidak ingin kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung harus lebih kecil daripada perambut untuk mata kail. Oleh kerana ladung mencecah dasar, risiko untuk sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut, pemancing masih dapat mata kail mahupun ikan kerana tali yang lebih halus akan putus terlebih dahulu apabila tersangkut.
b) Teknik tanpa pemberat. Teknik ini lebih sesuai jika kawasan berkenaan lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan ini akan mengambil masa untuk sampai ke dasar. Ketika ia menjunam, umpan mudah menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika terdapat tanda ia disambar. Sambaran dengan teknik pancing begini biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.
c) Teknik menggunakan pelampung. Untuk teknik memancing dasar menggunakan pelampung, pemancing harus bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini, jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 1 hingga 3 kaki dari dasar maka potensi ia disambar adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut adalah tinggi.

Thursday, April 23, 2015
Kaedah Candat Sotong
KAEDAH DAN CARA-CARA MENCANDAT SOTONG DI PERAIRAN MALAYSIA
Mencandat
sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan
cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronakan yang tersendiri. Di
negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh
nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling
menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang
dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis
candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa
nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat
Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat
adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang
dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni,
tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik
yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai
candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga
perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat
sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara
mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit
perbezaannya.
JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA.
1.Candat
Twist- candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia
juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia
dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai
penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna
putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah
memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline.
Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi
menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang.
Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan
menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat
pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok,
ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk
sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau
tukun sahaja.
2.
Candat umpan – berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi
dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan
lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini
yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir
matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan
sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan
itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang
candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan
sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai
yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah
menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya.
Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung
(samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar)
yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa
mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga
candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua
ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk
permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya
menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat
sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi
panjang candat tersebut.
3.Candat
Udang- Rasanya baru diperkenalkan atau diguna secara umun,
berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti). Candat ini sangat
sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang
solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat
ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir sama dengan candat
umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya
dua atau tiga kaki dari dasar laut.
Di negara kita terdapat beberapa jenis candat untuk mengaplikasikan teknik ini. Candat-candat tersebut ialah:
Candat Mayat/Apollo/Jig/Ultraman/Roket
Candat Udang
Candat Umpan
Untuk penyediaan
candat Mayat, candat di ikat seakan-akan appollo seperti gambarajah
yang tertera dibawah. Batu ladung bersaiz 6-10 di letakkan di bawah
untuk dijadikan pemberat mengikut keadaan arus
Ilustrasi cara-cara ikatan candat mayat
Untuk penyediaan
candat umpan pula, Umpan ikan seperti ikan kembung/sardin/selar mati
digunakan dengan mencucuk candat tersebut didalam ikan tersebut seperti
di gambarajah dibawah.
Ilustrasi cara-cara menggunakan candat Umpan
Penggunaan candat
udang pula lebih mudah, dengan menyambungkan candat tersebut dengan
swivel ataupun terus membuat ikatan seperti pengunaan gewang-gewang
lain.
Aplikasi teknik Mencandat
Untuk menggunakan candat udang pula, umpan candat udang di tarik secara perlahan-lahan secara casting seperti gambarajah (B).
Aplikasi ini boleh digunakan untuk memperdayakan sotong mengabang,cumit dan sotong katak.
Teknik ini sesuai digunakan di tepian kawasan berbatu dan juga di atas bot.
Teknik Eging pula lebih menyasarkan specis sotong Mengabang.
(A) Ilustrasi cara-cara mengayakan candat mayat ketika diatas bot
(B) Ilustrasi cara-cara memperdayakan sotong menggunakan candat udang di tepian batu
Kawasan berbatu yang sesuai untuk teknik Eging
Peranan lampu
Untuk memancing
sotong pada waktu malam, peranan lampu pada bot amatlah penting kerana
pancaran lampu yang terang dari atas bot dapat menarik kehadiran sotong
untuk mendekati bot. Apabila sotong mula menghampiri bot, teknik
mencandat menjadi lebih mudah dan senang. Apabila musim mencandat tiba,
di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala
Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan
lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang
yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang
mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar
kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu
mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.
Pakej Memancing 2015
Menawarkan pakej memancing bagi tahun 2015, bermula dari bulan Mac 2015 sehingga Ogos 2015.
Lokasi adalah sekitar pulau-pulau di Laut China Selatan dan jeti adalah di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Harga adalah berbeza mengikut saiz bot, lokasi pancing dan tempoh sewa.
Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini - (Faizi - +6018 781 8379)

Subscribe to:
Posts (Atom)