Monday, February 22, 2010

Pakej Memancing Udang Galah di Sg. Johor (Kota Tinggi) - RM 180.00

6-8 jam (bot fiber)
++ umpan disediakan
++ ais disediakan
++ minyak petrol / diesel disediakan
++ peralatan memancing tidak disediakan
++ layanan baik serta tunjuk ajar kepada yang memerlukan

BERMINAT?? SILA HUBUNGI FAIZI +6018 781 8379 ATAU EMAIL janwanster@gmail.com

Monday, February 8, 2010

Pelajari amaran ribut, hujan ketika di laut

Biasanya nelayan yang bergantung hidup di laut sepenuh masa sering mengamalkan petua sebelum melangkah turun dari rumah atau semasa melangkah masuk sampan atau bot. Tidak kurang yang melakukan jampi serapah memanggil ikan menggunakan ayat al-Quran yang sudah diketahui di dalamnya mengandungi pelbagai petua dan ubat untuk semua penyakit.

Justeru petua Pak Nuri kali ini lebih tertumpu kepada angin yang lebih awal tiba sebelum berlaku ribut. Menurut kepercayaan nelayan veteran yang sering berdepan keganasan laut terpaksa mempelajari tanda-tanda ribut akan turun, gelombang besar akan tiba, hujan, guruh dan kilat. Pastinya ada cerita tersendiri yang perlu dikaji untuk dijadikan petua bagi generasi muda hari ini.

Ada sesetengah tekong muda tidak mengambil berat tentang tanda atau mengambil mudah namun antara anda kaki pancing yang ada pengalaman harus memberikan kerjasama untuk berbincang dengan tekong sebagai langkah keselamatan.

Daripada pengalaman beberapa veteran nelayan yang dapat dipetik bahawa peringatan yang perlu diambil kira seperti guruh kuat dentumnya berserta kilat membatang dan angin pula mula sejuk bertiup di cuping telinga, anda perlu segera mencari tempat perlindungan walaupun pada ketika itu ikan galak memburu umpan.

Ketika dalam ribut dan gelombang besar sedang melanda laut, tiba-tiba hujan lebat dan ini satu tanda baik buat kaki pancing kerana hujan dapat membunuh angin dan gelombang. Anda kena bersabar kerana sebaik saja ribut berhenti dan gelombang besar kian menurun tentunya spesies ikan di dasar lapar dan kesempatan ini jangan anda abaikan.

Apa pun sesetengah tekong mudah untuk meninggalkan kawasan perlindungan kerana tidak mahu terperangkap dengan datangnya ribut kedua yang masih degil namun harapan untuk untuk melakukan aktiviti memancing terbuka luas sebaik saja ribut reda, cuma anda dan tekong mesti bekerjasama dan tidak mudah melatah kerana laut walaupun sudah berwajah baik tapi jaminan seratus peratus baiknya itu belum boleh dipercayai.

Perkara penting untuk diambil kira semasa berada di laut ialah tanda amaran ribut akan turun serta tanda ribut akan berhenti perlu dijadikan petua yang terus kekal dalam ingatan anda kaki pancing.

Elakkan aktiviti tepat jam 12 tengahari, malam

MENGAMALKAN doa atau membaca ayat suci al-Quran sebelum melakukan perjalanan sama ada di darat ataun di laut adalah sebaik-baik amalan untuk keselamatan dalam setiap perjalanan.

Namun alam apa juga amalan petua adalah ikhtiar terbaik untuk diamalkan seperti lazim yang dilakukan oleh orang lama yang mengetahui rahsia tersembunyi yang jarang-jarang diketahui oleh kita selama ini.

Sebaik-baik amalan anda tidak digalakkan melakukan sebarang perjalanan sama ada di darat dengan kenderaan atau di laut tepat pada jam 12 tengahari kerana waktu itu syaitan sedang bermaharajalela justeru bergerak pada waktu begini (tepat jam 12 tengahari) sering dikaitkan dengan masa yang bahaya.

Namun dalam apa juga kepercayaan yang dikaitkan demi menjaga keselamatan dalam perjalanan, doa kepada Allah sebaik-baik amalan yang mesti dilakukan cuma sebagai ikhtiar pertua juga memainkan peranan atas izin Allah.

Atas hakikat ini Pak Nuri dan ramai rakan pancing yang mengetahui tidak melakukan waktu tepat pukul 12 tengahari sama ada siang atau malam untuk bergerak mulakan perjalanan sekalipun dalam keadaan tergesa-gesa.

Lakukan pergerakan pada waktu pukul 12.02 minit sebagai ikhtiar untuk menjamin keselamatan atas apa yang kita sudah ketahui tapi bagi anda yang sudah melakukan perjalanan sebelum itu anda boleh meneruskan perjalanan anda begitu juga bagi anda yang melepasi jam 12 tengahari boleh meneruskan perjalanan isyaAllah selamat.

Melalui pengalaman seorang pemancing yang kebetulan terlupa kerana tergesa-gesa ke lokasi pertama untuk bertemu dengan rakan pancing lain yang dijangka sudah menunggu, Kamarul meninggalkan rumahnya tepat jam 12 tengah malam.

Beliau tidak bertemu lokasi tempat rakan pancingnya menunggu, beliau berpusing jalan untuk masuk ke lorong lokasi tapi bertemu semula tempat mula beliau bergerak.

Akhirnya, beliau mengingati petua orang-orang tua dengan melaungkan azan sekuat-kuat suara beliau kemudian ditemui oleh rakan pancing yang berada tidak jauh dari tempat beliau disesatkan jalan oleh syaitan.

Justru atas peristiwa yang benar-benar berlaku pada Kamarul nyata waktu tepat jam 12 tengah malam adalah waktu tidak sesuai untuk memulakan sebarang aktiviti atau perjalanan.

Friday, February 5, 2010

Teknik Memancing

 Ada banyak teknik memancing. Biasanya ianya bermula dari satu teknik saja dan dikembangkan ke beberapa teknik lain menggunakan umpan dan kail yang berbeza.

Teknik “Casting”

Teknik casting dasar adalah memancing dengan cara melempar dan menarik kail secara berterusan hingga ikan tertarik dan memakan umpan. Selama beberapa tahun kebelakangan ini, design dan jenis kekili terus berkembang untuk mengatasi kesulitan yang mungkin ditemui pemancing.

Untuk mendapatkan hasil terbaik, sebaiknya pemancing harus melatih diri dengan teknik casting yang betul, agar tidak berlaku kesilapan sebarang kesilapan dalam teknik ini, memungkinkan bahaya bagi orang lain. Teknik yang betul adalah penting daripada kekuatan menggulung geledung kekili.

Teknik casting ini terbahagi kepada beberapa teknik lain. Cth: Teknik casting di atas kepala (overhead casting) misalnya, joran diangkat tinggi-tinggi sampai di atas kepala dan terus ke belakang sebelum dihayunkan ke laut dsb.

Satu lagi teknik adalah roll casting, iaitu dengan meletakkan joran atau tali pancing di depan kita(pemancing), kemudian dihayunkan dari sisi belakang dan terus dilemparkan ke depan dan jatuh ke laut dsb.

Bagi sebahagian pemancing, surfcasting adalah teknik casting yang paling senang. Teknik melepaskan kail dan umpan ini dilakukan dengan menggerakkan seluruh anggota tubuh. Gerakan melempar kail ini dilakukan dengan ritme dan tempo tertentu. Teknik ini dikata mempunyai seninya yang tersendiri.

“Lure Fishing”

Memancing dengan cara memujuk atau menarik perhatian ikan dengan perbagai umpan palsu agar mahu mendekati. Pada dasarnya cara ini tetap menggunakan teknik casting. Umpan yang dipasang biasanya bervariasi, bermula dari yang biasa, berwarna-warni, atau yang menyerupai ikan.

“Legering”

Teknik serba guna ini adalah dengan melemparkan kail sehingga umpan jatuh ke dasar sungai, tasik, ataupun laut. Cara ini dilakukan untuk menarik perhatian ikan yang sedang mencari makanan di dasar air. Cara ini tidak memerlukan banyak trik.

Teknik “Trolling

Teknik yang memerlukan kemahiran tinggi, ini adalah kerana teknik memancing di bahagian belakang bot atau kapal yang  bergerak. Teknik ini biasa dilakukan di sungai atau tengah laut. Bot biasanya digerakkan dengan dayung ataupun enjin. Teknik ini bertujuan menipu atau menarik perhatian ikan seolah-olah umpan kita sedang dikejar-kejar pemangsa sehingga ikan akan terpanggil untuk mengejar umpan.

Trolling biasanya dilakukan dengan tali yang panjang. Untuk trolling di sungai, harus dilepaskan tali sekitar 4,5 sampai 6 meter. Sedangkan untuk tengah laut dengan kedalaman 75-100 kaki, tali haruslah dilepaskan sekitar 23-30 meter. Untuk laut dalam, tali di geledung kekili haruslah sekitar 180-300 meter, dan dihujung tali iaitu sebelum kail dan umpan haruslah diletakkan stainless steel, ini adalah kerana kebanyakkan ikan pemangsa mempunyai gigi yang sangat tajam.

Deep Sea Fishing

An article to share

Deep-sea fishing is fishing that involves trolling deep waters with large fishing tackle. Compared to other types of fishing, deep-sea fishing requires more fishing equipment including more line, rods and lures. Rods, reels, bait and tackles are the fishing equipment generally required for deep-sea fishing, and specialized fishing boats are needed for angling.

Basically, there are two types of deep sea fishing techniques - trolling and bottom fishing. The fishing technique is chosen, based on the location of the fish. Trolling techniques require keeping the fishing boat at a constant speed of six knots. The bait used is usually a fishing lure that is drawn on a line through the water slightly below the surface of the water. In bottom fishing, the boat anchors in deep water and hooks charged with lures are dropped to the bottom of the sea.

Seining, long lining and netting are some other techniques used in deep-sea fishing. Seining is an angling technique used in areas where there are large schools or groups of fish. As the name implies, long-lining gets its name from the length of the lines that are used. It is one of the popular methods of fishing used to attract fish. The bait is strung out on a long line held up by buoys. Netting techniques rely on nets that are set in shallow water around the coasts.

The Mississippi Gulf coast, San Diego coast, Cozumel coast and Cancun beaches are among the most popular destinations for deep-sea fishing. Even though deep-sea fishing is specifically for an experienced angler, it is one type of sports fishing that anyone can enjoy.

Pakej D (RM 500.00)

 12 jam (bot fiber)
++ umpan disediakan
++ ais disediakan
++ minyak petrol / diesel disediakan
++ peralatan memancing tidak disediakan
++ layanan baik serta tunjuk ajar kepada yang memerlukan

BERMINAT?? SILA HUBUNGI FAIZI +6018 781 8379 ATAU EMAIL janwanster@gmail.com

Pakej C (RM 800.00)

1 hari 1 malam (bot fiber)
++ umpan disediakan
++ ais disediakan
++ minyak petrol / diesel disediakan
++ peralatan memancing tidak disediakan
++ layanan baik serta tunjuk ajar kepada yang memerlukan

BERMINAT?? SILA HUBUNGI FAIZI +6018 781 8379 ATAU EMAIL janwanster@gmail.com

Thursday, February 4, 2010

Pakej B (RM 1,600.00)

1 hari 1 malam (Pulau Sibu / Pulau Tinggi dan sekitarnya)


++ umpan disediakan
++ ais disediakan
++ makanan disediakan (termasuk tukang masak)
++ minyak petrol / diesel disediakan
++ peralatan memancing tidak disediakan
++ layanan baik serta tunjuk ajar kepada yang memerlukan

BERMINAT?? SILA HUBUNGI FAIZI +6018 781 8379 ATAU EMAIL janwanster@gmail.com

Pakej A (RM 2,200.00)

2 hari 1 malam (Pulau Sibu / Pulau Tinggi & sekitarnya)
++ maksimum 10 orang 
++ umpan disediakan
++ ais disediakan
++ makanan disediakan (termasuk tukang masak)
++ minyak petrol / diesel disediakan
++ peralatan memancing tidak disediakan
++ layanan baik serta tunjuk ajar kepada yang memerlukan

BERMINAT??? SILA HUBUNGI FAIZI +6018 781 8379 ATAU EMAIL janwanster@gmail.com

Pakej Memancing 2 Hari 1 Malam

Menawarkan pakej memancing 2 hari 1 malam di sekitar pulau-pulau terpilih di Johor Timur. Slot-slot tempahan dibuka dan pakej ini akan bermula pada pertengahan Mac 2010 sehingga akhir Oktober 2010. (waktu terbaik untuk memancing)

++ Pakej yang disediakan adalah untuk bot besar (6-8 orang) dan bot fiber 24 kaki (3-5 orang)

++ Pulau Sibu , Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil, Pulau Aur

Berminat : Sila hubungi saya Faris +017-6154857 atau e-mail janwanster@gmail.com